" / >
Mujahadah Cinta

Istikharah Cinta
Sunday, January 22, 2012 . 0 word(s) .
Bersaksi cinta diatas cinta..
Dalam alunan tasbih ku ini..
Menerka hati yang tersembunyi..
Berteman di malam sunyi penuh do'a..

Sebut namamu terukir merdu..
Tertulis dalam sejadah cinta..
Tetapkan pilihan sebagai teman..
Kekal abadi hingga akhir zaman..

Istikharah Cinta memanggil ku..
Memohon pertunjukmu..
Satu nama teman setia..
Naluri ku berkata..
Di penantian luahan terasa..
Teguh satu pilihan..
Pemenuh separuh nafasku..
Dalam mahabbah Rindu..

 


Thanks for reading :)


mujahadah...
Ingatlah wahai orang yang bermujahadah,
tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan,
cukup sekadar kau telah menempuh jalan,

Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di penghujung jalan tetapi di sepanjang jalan..
Genggamlah AL-QURAN,ingat MATI dan BEANGKATLAH..
Jalan Mujahadah itu susah tetapi INDAH..

Moga ALLAH hadiahi kita kemanisan IMAN dalam ISLAM.. (^-^)




Thanks for reading :)


LAYAKKAH AKU??
Tuesday, December 13, 2011 . 0 word(s) .
Tuutt..tuutt..mesej daripada seorang rakan lama ku mauk..mesej itu berbunyi sebegini,
“Ina,aku nak minta maaf sebab dulu aku selalu buat macam-macam kat kau..maafkan aku ina..”
mesej itu datang daripada seorang rakan kolejku yang sering membuli aku ketika dikolej dahulu..Dapatkah aku maafkan dirinya yang sememangnya sering menyakitiku..Dahulu,dia sering memohon maaf padaku namun dirinya masih tidak berubah..sama je...Hurm..



Fenomena seperti diatas pasti pernah berlaku terhadap kta..Tidak kira sama ada rakan mahupun saudara sendiri..Jika anda ditempat Ina,apakah yang akan anda lakukan??Terlalu banyak cadangan yang pasti diperolehi..Ada yang kata,”ala,biarkan je la budak cm tu.”,”maafkan je la..” dan banyak lagi jawapan yang pasti akan diperolehi..Namun bila difikirkan balik,perkara terbaik yang patut kita lakukan adalah dengan memaafkan kesalahan insan tersebut kerana dia hanyalah insan biasa yang pasti melakukan kesilapan..Rendahkan diri dan maafkanlah kesalahan mereka..Memang diakui,perit untuk melupakan kesalahan yang pernah mereka lakukan,namun tidak salah jika kita cuba untuk memaafkan mereka..

Cuba kita bayangkan..jika kita ditempat mereka..Lalu kita memohon ampun kepada ALLAH S.W.T…Tiba-tiba kedengaran satu suara seperti ini,”Alah.ko tak payah minta maafla..nanti ko buat salah tu balik.dah banyak kali ko minta maaf tapi tetap buat dosa yang sama...HUH”..pasti kita akan berasa kecewa bukan??Kita seharusnya bersyukur kerana ALLAH itu MAHA PENGAMPUN…Yang sememangnya terlalu pengasih lagi penyayang..Jadi tak mungkin akan mengeluarkan kata sebegitu.. Oleh itu,kita maafkan je lah kesalahan mereka kerana MEMAAFKAN merupakan satu PERBUATAN YANG MULIA..Jika kita tidak mampu melupakan kesalahan mereka terhadap kta,tidak mengapa..Kita maafkanlah mereka kerena ALLAH S.W.T..InsyaAllah..ALLAH akan melakukan perkara yang sama terhadap kita.. BAHAGIA BUKAN???

“Layakkah aku untuk tidak memaafkan dirinya sedangkan aku sendiri sering melakukan kesilapan..Siapa aku untuk menghukum dirinya..Hurmm.. Tapi dia selalu malukan akulah..aduss..hurmm“,monolog Ina bersendirian..Akhirnya setelah sekian lama berfikir,Ina  membalas mesej tersebut…

“Baiklah,aku maafkan segala kesalahan kau terhadap aku.Aku pun minta maaf kat ko gak yea...”                                                     

Tuutt..tuuutt..
Mesej masuk..lalu Ina membaca mesej tersebut.Tanpa disedari,air matanya berlinangan..

“Wahai Hamba ALLAH berhati mulia,terima kaih banyak-banyak keranan sudi memaafkan..Semoga ALLAH merahmati mu..Untuk pengetahuanmu,Sahabatmu ini telah ke rahmatullah beberapa minit yang lalu..Namun dia terlebih dahulu memohon untuk mengirimkan mesej ini kepada mu yang dikatakan SAHABAT SEJATINYA..Jazakillahu khairan kathira ye..(Ibu)”

Masyaallah…Mujur aku sempat memohon maaf dengannya dan memaafkan dirinya..Ya Allah,mudah-mudahan dia ditempatkan di kalangan hambamu yang beriman dan beramal soleh..

MEMAAFKAN MERUPAKAN PERBUATAN YANG MULIA…



Thanks for reading :)


BUDAK MENGINSAFKAN KHALIFAH??

Khalifah Al-Harun Al-Rashid adalah seorang khalifah Bani Abasiah yang masyhur namanya.Pada suatu hari,beliau bersama-sama dengan pengiringnya telah keluar berburu di hutan.

Memburu merupakan aktiviti kegemaran beliau.Boleh dikatakan pada setiap hari beliau akan berburu.

Setelah sekian lama beliau keluar berburu bersama-sama dengan pengiringnya,maka mereka pun pulang ke istana bersama-sama dengan buruan mereka.Sebelum sampai di istana,ditepi jalan kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain.Mereka kelihatan begitu gembira.
Beliau berasa tertarik dengan telatah kanak-kanak itu.Beliau memerintahkan pengiring-pengiringnya berhenti rehat seketika kerana beliau ingin melihat kanak-kanak itu bermain.

Beliau leka melihatnya hingga kadang-kadang  beliau turut tertawa melihat telatah kanak-kanak tersebut.

Tidak jauh dari kumpulan kanak-kanak  yang sedang bermain itu,kelihatan seorang budak sedang termenung bersendirian diatas batu besar.Seolah-olah dia sedang menghadapi masalah.Budak itu hanya memerhati sahaja kanak-kanak lain bermain tanpa menyertai mereka.

Beliau kemudian menyedari kehadiran budak itu.Beliau menjadi hairan mengapa budak itu tidak bermain bersama-sama dengan kanak-kanak yang lain itu.

Beliau pun menghampiri budak tersebut lalu bertanyakan sesuatu,”Wahai budak,mengapakah kamu tidak bermain seperti budak-budak yang lain?”.Budak itu senyap tidak menjawab pertanyaan beliau.Malah wajah beliau turut tidak dipandang oleh budak itu.Berkali-kali beliau bertanyakan soalan yang sama namun budak itu tetap berdiam diri.Kelakuan budak itu menyebabkan beliau menjadi murka.

“Tidakkah kamu tahu siapa yang sedang bertanya ini wahai budak?”,tanya beliau sedikit meninggikan suara.Budak itu lalu memandang beliau lantas berkata,”Wahai tuanku,maafkan patik atas kesalahan patik ini wahai tuanku.Apakah ALLAH S.W.T. menghidupkan manusia atas muka bumi ini hanya untuk bermain-main?”,jawab budak itu tanpa menunjukkan rasa takut kepada kemarahan beliau.

Beliau terkejut dengan jawapan itu.Tidak disangkanya jawapan itu keluar daripada mulut budak tersebut.Beliau teharu dan merasa terpukul dengan jawapan tersebut.Selama ini beliau tidak pernah terfikir akan soal itu.Akan tetapi budak sekecil itu sudah mampu memikirkannya.Sepatutnya sebagai seorang khalifah umat islam,beliau sudah dapat berfikir tentang yang mana yang baik dan yang mana yang buruk.

Subhanallah..begitu hebat permikiran kanak-kanak itu..Sehingga kata-katanya mampu memukul perasaan seorang khalifah umat islam yang masyhur..Jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran supaya kita tidak terlalu leka dengan kehidupan duniawi ini..

“Orang yang banyak ketawa didunia akan banyak menangis diakhirat kelak.manakala Orang yang sering menangis didunia kerana ALLAH S.W.T. pasti akan tersenyum diakhirat kelak”…
Wallahua’alam


Thanks for reading :)


Adam..Dengarlah...
Sunday, December 11, 2011 . 0 word(s) .
Wahai ADAM...
Bukan kemewahan..Keturuna...ataupun wajah yang tampan yang HAWA cari..
Tetapi HAWA mencari seorang ADAM yang berpegang teguh pada pegangan agama..
Yang mampu menjadi IMAM buat HAWA samaada ketika solat ataupun ketika melakukan rutin harian..
HAWA diciptakan dari rusuk ADAM yang bengkok untuk ADAM luruskan HAWA kembali..

Wahai ADAM...
Bukan CINTA dunia yang HAWA cari..
Namun Cinta yang mampu membahagiakan HAWA di dunia dan akhirat lah yang HAWA inginkan..
HAWA tahu..
HAWA bukanlah sesempurna mana untuk mencari ADAM yang sehebat itu..
Namun..
kehadiran ADAM seperti itulah yang pasti dapat menjadikan HAWA seorang yang hebat..






Marilah kita bersama-sama mencari CINTA AKHIRAT kerana CINTA DUNIA pasti akan menyusul jua..Percayalah...

ADAM..
Maafkan HAWA...

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA..



Thanks for reading :)


Wahai pencari ketenangan...Bacalah..
Memang sedih jika kita ingin melakukan kebaikan tetapi keluarga langsung tidak membantu..malah rakan-rakan disekeliling turut mertertawakan kita..Tetapi percayalah..Itu hanya ujian daripada ALLAH SWT..DIA sedang menguji diri kita..sejauh mana kita mampu berjihad dan bersabar menghadapi setiap dugaan yang diberikan oleh-NYA dalam hijrah mencari CINTA ILAHI..


Percayalah..bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada himah di sebaliknya..

Sesungguhnya ALLAH SWT lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita..
Yakinlah dengan apa yang ALLAH tetapkan itu adalah baik untuk kita.,.Percayakan Qada' dan Qadar ALLAH...hidupmu pasti akan bahagia... INSYAALLAH...


Thanks for reading :)


CANTIKKAH AKU?????
Saturday, December 10, 2011 . 0 word(s) .
Wahai kaum HAWA...
Jangan dirimu risau akan kecantikkan yang ada pada dirimu..
Cantik atau tidak??
Biarlah ALLAH sahaja yang menentukan...
Kerana tidak ada guna jika dirimu cantik..
namun AHKLAK mu buruk..
Bersyukurlah kerana sebenarnya dirimu ada kelebihan..
(^-^)

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK


Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..


Thanks for reading :)




Older Post


// Forever Young-One Direction