" / >
Mujahadah Cinta

BUDAK MENGINSAFKAN KHALIFAH??
Tuesday, December 13, 2011 . 0 word(s) .

Khalifah Al-Harun Al-Rashid adalah seorang khalifah Bani Abasiah yang masyhur namanya.Pada suatu hari,beliau bersama-sama dengan pengiringnya telah keluar berburu di hutan.

Memburu merupakan aktiviti kegemaran beliau.Boleh dikatakan pada setiap hari beliau akan berburu.

Setelah sekian lama beliau keluar berburu bersama-sama dengan pengiringnya,maka mereka pun pulang ke istana bersama-sama dengan buruan mereka.Sebelum sampai di istana,ditepi jalan kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain.Mereka kelihatan begitu gembira.
Beliau berasa tertarik dengan telatah kanak-kanak itu.Beliau memerintahkan pengiring-pengiringnya berhenti rehat seketika kerana beliau ingin melihat kanak-kanak itu bermain.

Beliau leka melihatnya hingga kadang-kadang  beliau turut tertawa melihat telatah kanak-kanak tersebut.

Tidak jauh dari kumpulan kanak-kanak  yang sedang bermain itu,kelihatan seorang budak sedang termenung bersendirian diatas batu besar.Seolah-olah dia sedang menghadapi masalah.Budak itu hanya memerhati sahaja kanak-kanak lain bermain tanpa menyertai mereka.

Beliau kemudian menyedari kehadiran budak itu.Beliau menjadi hairan mengapa budak itu tidak bermain bersama-sama dengan kanak-kanak yang lain itu.

Beliau pun menghampiri budak tersebut lalu bertanyakan sesuatu,”Wahai budak,mengapakah kamu tidak bermain seperti budak-budak yang lain?”.Budak itu senyap tidak menjawab pertanyaan beliau.Malah wajah beliau turut tidak dipandang oleh budak itu.Berkali-kali beliau bertanyakan soalan yang sama namun budak itu tetap berdiam diri.Kelakuan budak itu menyebabkan beliau menjadi murka.

“Tidakkah kamu tahu siapa yang sedang bertanya ini wahai budak?”,tanya beliau sedikit meninggikan suara.Budak itu lalu memandang beliau lantas berkata,”Wahai tuanku,maafkan patik atas kesalahan patik ini wahai tuanku.Apakah ALLAH S.W.T. menghidupkan manusia atas muka bumi ini hanya untuk bermain-main?”,jawab budak itu tanpa menunjukkan rasa takut kepada kemarahan beliau.

Beliau terkejut dengan jawapan itu.Tidak disangkanya jawapan itu keluar daripada mulut budak tersebut.Beliau teharu dan merasa terpukul dengan jawapan tersebut.Selama ini beliau tidak pernah terfikir akan soal itu.Akan tetapi budak sekecil itu sudah mampu memikirkannya.Sepatutnya sebagai seorang khalifah umat islam,beliau sudah dapat berfikir tentang yang mana yang baik dan yang mana yang buruk.

Subhanallah..begitu hebat permikiran kanak-kanak itu..Sehingga kata-katanya mampu memukul perasaan seorang khalifah umat islam yang masyhur..Jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran supaya kita tidak terlalu leka dengan kehidupan duniawi ini..

“Orang yang banyak ketawa didunia akan banyak menangis diakhirat kelak.manakala Orang yang sering menangis didunia kerana ALLAH S.W.T. pasti akan tersenyum diakhirat kelak”…
Wallahua’alam


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction